Wednesday, January 16, 2013

Pengisytiharan Sijil Darjah Enam Agama 2012

Majlis pengisytiharan SDEA/UPKK/SMRA dan SMA telah diadakan pada Hari Isnin 31 Disember 2012 di Bilik Multimedia Blok A Pusat Iskandar Johor yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Suliman bin Hj.Dumang,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.

Keputusan Peperiksaan tersebut boleh di ambil di sekolah masing-masing pada 2 Januari 2013 mulai jam 09.00 pagi.Satu Majlis Pengisytiharan bagi Daerah Kluang akan diadakan pada Hari Isnin 07 Januari 2013 di Bilik Seminar PPAD Kluang,Semua guru besar di jemput hadir.

Thursday, September 20, 2012

MAJLIS KONVOKESYEN SDKA KE 2

Alahamdulilah akhirnya Majlis Konvokesyen Darjah Khas Kali ke- 2 dapat dilaksanakan di UTHM Batu Pahat.Majlis  tersebut diadakan dengan penuh istiadat konvokesyen.Penyampaian sijil disempurnakan oleh Dato' Hj.Abd Razak bin Hassan Pengarah Jabatan Agama Johor

Anugerah Khas SDKA di anugerahi  kepada adik Rabiatul Adawiah dari Sekolah Agama Khang Batu 28 yang merupakan salah seorang pelajar terbaik Negeri Johor dengan memperolehi Pangkat 1 dengan 7 Agg ( 10 A 3 B ) manakala Anugerah Khas PPADK di anugerahkan kepada Sek.Agama Penjara Simpang Renggam yang merupakan sekolah terbaik Negeri Johor tahun 2011.Selain itu terdapat 11 pelajar terbaik dengan memperolehi Pangkat 1 dengan 7 Agg.

Pihak Koodinator majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Konvokesyen Darjah Khas Kali ke-2 Sekolah Agama Daerah 
Kluang.



 Anugerah Khas SDKA
Adik Rabaitul Adawiah

 


Anugerah Khas PPADK
Sek.Agama Penjara Simpang Renggam

Friday, August 10, 2012

Taklimat Ujian Lisan SDKA 2012

Makluman kepada semua Guru Besar dan Penyelaras Darjah Khas Daerah Kluang.Satu Taklimat Ujian Lisan akan diadakan pada 14 Ogos 2012 bertempat di Dewan PPAD Kluang.Sehubungan dengan itu semua guru yang terlibat dikehendaki hadir.

        Taklimat akan disampaikan oleh Tn.Hj.Salman bin Sareh.Penolong Pegawai Seksyen Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Agama Johor.

            Harap maklum.

Wednesday, August 1, 2012

UJIAN LISAN SDEA DAN SDKA

Makluman pada semua :
Ujian Lisan SDEA akan bermula pada 06 - 09 Ogos 2012.
Ujian Lisan SDKA akan bermula pada 08 dan 22 September 2012
Konvokesyen Darjah Khas Kali ke -2 akan di adakan pada 15 September 2012.

Semua Penilai hendaklah memastikan penilaian di lakukan dengan sewajarnya.
 SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.