Thursday, September 20, 2012

MAJLIS KONVOKESYEN SDKA KE 2

Alahamdulilah akhirnya Majlis Konvokesyen Darjah Khas Kali ke- 2 dapat dilaksanakan di UTHM Batu Pahat.Majlis  tersebut diadakan dengan penuh istiadat konvokesyen.Penyampaian sijil disempurnakan oleh Dato' Hj.Abd Razak bin Hassan Pengarah Jabatan Agama Johor

Anugerah Khas SDKA di anugerahi  kepada adik Rabiatul Adawiah dari Sekolah Agama Khang Batu 28 yang merupakan salah seorang pelajar terbaik Negeri Johor dengan memperolehi Pangkat 1 dengan 7 Agg ( 10 A 3 B ) manakala Anugerah Khas PPADK di anugerahkan kepada Sek.Agama Penjara Simpang Renggam yang merupakan sekolah terbaik Negeri Johor tahun 2011.Selain itu terdapat 11 pelajar terbaik dengan memperolehi Pangkat 1 dengan 7 Agg.

Pihak Koodinator majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Konvokesyen Darjah Khas Kali ke-2 Sekolah Agama Daerah 
Kluang.



 Anugerah Khas SDKA
Adik Rabaitul Adawiah

 


Anugerah Khas PPADK
Sek.Agama Penjara Simpang Renggam

Friday, August 10, 2012

Taklimat Ujian Lisan SDKA 2012

Makluman kepada semua Guru Besar dan Penyelaras Darjah Khas Daerah Kluang.Satu Taklimat Ujian Lisan akan diadakan pada 14 Ogos 2012 bertempat di Dewan PPAD Kluang.Sehubungan dengan itu semua guru yang terlibat dikehendaki hadir.

        Taklimat akan disampaikan oleh Tn.Hj.Salman bin Sareh.Penolong Pegawai Seksyen Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Agama Johor.

            Harap maklum.

Wednesday, August 1, 2012

UJIAN LISAN SDEA DAN SDKA

Makluman pada semua :
Ujian Lisan SDEA akan bermula pada 06 - 09 Ogos 2012.
Ujian Lisan SDKA akan bermula pada 08 dan 22 September 2012
Konvokesyen Darjah Khas Kali ke -2 akan di adakan pada 15 September 2012.

Semua Penilai hendaklah memastikan penilaian di lakukan dengan sewajarnya.
 SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Peperiksaan Setara II 2012

Makluman kepada semua ibubapa dan guru peperiksaan setara II bagi tahun 2012 Sekolah Agama Daerah Kluang akan diadakan mulai 06-10 Ogos 2012.Jadual telah diedarkan ke sekolah-sekolah.Sila patuhi jadual peperiksaan yang telah dikeluarkan.Harap Maklum

Saturday, April 28, 2012

KONVOKESYEN DARJAH KHAS KALI KE-2

Untuk makluman kepada semua ibubapa.
Sila hadir ke Sekolah Agama tempat mengambil peperiksaan SDKA 2011 pada 12 Mei 2012 untuk mengambil surat makluman Konvokesyen Kali ke-2  tahun 2011.

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada ketetapan berikut:
Tahap 1 : 07 hingga 11 Mei 2012
Tahap 2 : 14 hingga 18 Mei 2012
( Hari Guru 16 Mei 2012 - Peperiksaan berjalan seperti biasa  tidak ditangguhkan. )

Sehubungan dengan itu semua guru besar hendaklah hadir di PPAD Kluang untuk mengambil soalan pada :
Tahap 1 : Jumaat 04 Mei 2012
Tahap 2 : Jumaat 11 Mei 2012
( Mulai Jam 09.00 pagi hingga 12 tengahari )

Tuesday, March 27, 2012

KEPUTUSAN SDKA 2011


Sekolah Agama Penjara Simpang Renggam telah diisytiharkan sebagai sekolah terbaik Darjah Khas tahun 2011 dengan memperolehi keputusan 100% dengan 3 pelajar mendapat 7 aggreget dan 4 orang mendapat 8 aggreget....TAHNIAH.


Daerah Kluang telah diisytiharkan sebagai DAERAH TERBAIK SDKA TAHUN 2011




Gambar bersama Ketua Penyelaras Darjah Khas yang mencapai 100%



Alhamdulilah, Keputusan Peperiksaan SDKA telah diumumkan pada 27 Mac 2012 bertempat di Mahaad Pontian.Tahniah di atas kejayaan guru-guru dalam menaikan nama Daerah Kluang yang telah diisytiharkan sebagai Daerah Terbaik SDKA Negeri Johor bagi Tahun 2011 dan Sekolah Terbaik SDKA disandang oleh SA Penjara Simpang Renggam.

Sekolah mencapai 100% - 7 Buah
Pelajar memperolehi 7 A - 12 Orang


TAHNIAH

Friday, January 13, 2012

MAJLIS PENGISYTIHARAN PEPERIKSAAN 2011


Majlis Pengisytiharan Keputusan dan Penganugerahan Kecemerlangan Peperiksaan SMA,SMRA,PMR,SIB,SDEA,UPSR dan UPKK bagi Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor telah diadakan pada Jumaat 13 Januari 2012 bertempat di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang yang telah dirasmikan oleh Exco Agama Kerajaan Johor.Tahniah buat buat Daerah Kluang kerana dipilih menjadi tuan rumah.



Keputusan Peperiksaan SDEA boleh didapati di sekolah masing-masing pada hari Jumaat 13 Januari 2012 mulai jam 3.00 petang...Terima juga kepada semua yang telah menjayakan Majlis tersebut.