Wednesday, December 21, 2011

Bengkel Peperiksaan 15/2011

Kepada juru "key in " yang terlibat.sila hadir pada tarikh yang ditetapkan dan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

Bengkel Penandaan

Kepada semua penilai yang dilantik sila hadir Bengkel Penandaan SDKA 2011 pada ketetapan berikut:
1. Penandaan : Isnin 19 Disember 2011 mulai jam 08.00pagi hingga 04.30 petang.
2. Cross Check : 09 dan 10 Januari 2011 mulai jam 08.00 pagi - 04.30 petang

Kepada ketua-ketua penilai sila pastikan semua penilai dimaklumkan.

Thursday, November 24, 2011

Penghantaran Soalan

kepada semua Ketua Pengawas Peperiksaan SDEA hendaklah menghantar jawapan SDEA pada:
Jumaat 25 November 2011 jam 3.30 petang manakala Ketua Pengawas Peperiksaan SDKA hendaklah mengambil soalan SDKA di PPAD Kluang dan menghantar ke Balai Polis yang telah ditentukan.

Thursday, November 3, 2011

Taklimat Pengawas Peperiksaan SDEA/SDKA

Satu taklimat Peperiksaan SDEA /SDKA tahun 2011 akan diadakan pada ketetapan berikut

SDEA - 08 November 2011 ( Selasa ) - 8.30 pagi.
SDKA - 14 November 2011 ( Isnin ) - 8.30 pagi
( Tempat : Dewan Seminar PPAD Kluang ).

Sehubungan dengan itu semua guru yang dilantik hendaklah menghadiri sesi Taklimat tersebut yang akan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan yang baru.

PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM KLUANG

Alahamdulilah akhirnya jawatan Pegawai Pendidikan Agama yang lama dikosongkan telah diisi.Tahniah buat Ustaz Kalamullah bin Ali Raza yang sebelum ini merupakan Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kulai Jaya ditukarkan ke Kluang.semuga dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Agama yang baru ini dapat memertabatkan serta mengukuhkan Seksyen Peperiksaan agar terus mengekalkan Presatasinya ...Amin.

Thursday, August 25, 2011

Ujian Lisan SDKA 2011

Makluman.
Kepada semua penilai yang dilantik perlu diingat Ujian Lisan SDKA 2011 akan dijalankan pada 10 September 2011 sahaja.17 September hanya dibuka kepada pelajar yang uzur sahaja.Makluman kepada semua penyelaras Darjah Khas 10 dan 17 September 2011 tiada tuntutan mengajar darjah khas.Bagi kelas P&P pada 3 September 2011 boleh diganti pada 11 September atau 17 September dengan bersurat.

Taklimat Ujian Lisan SDKA akan diadakan pada 07 September 2011.

Selamat Hari Raya 1432 H

SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PEJABAT PENDIDIKAN AGAMA DAERAH KLUANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIF FITRI.... MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Pemurnian Percubaan SDEA/SDKA

Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Peperiksaan Percubaan SDEA dan SDKA yang telah menyediakan soalan percubaan mulai 18,22 dan 23 Ogos yang lalu.Semuga apa yang diusahakan akan memertabatkan kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar SDEA dan SDKA

Tuesday, August 2, 2011

Ujian Setara II

Ujian Setara II akan dijalankan mulai 15-19 Ogos 2011.Surat edaran dan jadual telah dibekalkan ke sekolah-sekolah.Sila patuhi arahan peperiksaan.Semua guru besar dikehendaki hadir di PPADK mulai jam 09.00 pagi pada 12 Ogos 2011 untuk mengambil soalan.

Taklimat SDEA dan SDKA 2011

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Salman bin Sareh kerana dapat hadir dalam sesi Taklimat Peperiksaan Lisan SDEA dan SDKA bagi Daerah Kluang yang diadakan pada 25 Julai 2011.

Kepada penilai-penilai yang dilantik diharap dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berdidikasi...AMIN.

Untuk makluman semua Ujian Lisan akan dijalankan mulai :
1. SDEA - 8-10 Ogos 2011.
2. SDKA - 10 dan 17 September 2011.

Sehubungan dengan itu borang markah dan kehadiran bagi SDEA hendaklah sampai di PPADK pada 15 Ogos 2011 manakala bagi SDKA hendaklah sampai pada 22 September 2011

Tuesday, July 19, 2011

Bengkel Soalan Percubaan

Bengkel Percubaan SDEA dan SDKA akan diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2011 mulai jam 08.30 pagi hingga 04.30 petang.Semua guru yang terlibat dikehendaki hadir.

Thursday, June 23, 2011

Ujian Setara II

Makluman pada semua Guru Besar.Sila hantar penyata Data Semakan Calon bagi bulan Jun yang akan berakhir pada 30 Jun 2011.Sekiranya data tidak sampai ke Seksyen Peperiksaan dan Penilaian,akan menyebabkan sekolah tidak menerima soalan setara II.

Monday, May 23, 2011

KONVOKESYEN DARJAH KHAS

Makluman kepada semua para lulusan Darjah Khas yang telah mendaftar untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Kali Pertama.

Tarikh : 11 Jun 2011
Tempat : Universiti Tun Hussin Onn Parit Raja.

arahan-arahan akan diberikan melalui sekolah.

Harap Maklum

Wednesday, May 11, 2011

Bengkel Peperiksaan II

Penyelia-penyelia peperiksaan daerah semasa Bengkel Peperiksaan Siri ke 6

Bengkel Peperiksaan





Bersama Ustaz Azari bin Othman juru komputer dalm Bengkel Peperiksaan Rendah siri 6/2011 di Hotel Selesa pasir Gudang pada 10 - 12 Mei 2011.

Lawatan Ke Kuching

Dari kiri kekanan :
Ustz Razihan bin Jamian
( BP ), Ustz Azhari bin Hosnan ( Ledang ), Ust.Md.Rafi bin Sajat ( Kulai Jaya ),Ust Hj.Karim bin Said ( Muar),
Ust Sopian bin Adam
( Mersing ),Ust Mujahid bin Ahmad ( JB ),
Ust Rashid bin Rebu
(KT),Ustazah Hjh.Rabiah binti Abd Jalil (Pontian)
Di belakang : Ustz Hj.Shamsudin bin Hj.Awang
( Kluang).
Tiada di gambar : Tn.Hj Keni bin Miskon ( Segamat ).

Tahniah kepada Penyelia-penyelia Peperiksaan Negeri Johor walaupun sibuk dengan bengkel pada setiap minggu namun berjaya meluangkan masa dengan menganjurkan aktiviti luar negeri dangan mengadakan lawatan ke Kuching Sarawak, pada 22-24 April 2011dengan perbelanjaan sendiri.Tahniah sekali lagi

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Makluman pada semua sekolah, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada :
Tahap I : 09-13 Mei 2011
Tahap II : 18 - 24 Mei 2011

Sehubungan dengan itu semua guru besar atau GPK 1 dikehendaki mengambil kertas soalan di Seksyen peperiksaan dan Penilaian PPAD Kluang pada:
Tahap I : Jumaat 06 Mei 2011
Tahap II : Isnin 16 Mei 2011
( Mulai Jam 09.00 pagi - 04.30 petang )

Sekiranya berlaku kekurangan kertas soalan,pihak sekolah hendaklah menghubungi terus Penyelia Seksyen peperiksaan dan penilaian PPAD Kluang.

Harap Maklum.

Sunday, April 10, 2011

PERPINDAHAN

Seksyen Peperiksaan dan Penilaian terasa kehilangan atas perpindahan yang berturut-turut warga PPAD Kluang.

1. Tn Hj.Samsudin bin Samudi - PPADK ( Pengarah BTN Cawangan Johor )
2. Tn.Hj.Taufik bin Hj.Othman - Penolong Pegawai ( Ke Johor Baharu )
3. Ustaz Baharudin bin Hj.Jaafar - Penyelia SPPK ( Ke Sekolah )

Terima Kasih diucapkan atas bantuan,khidmat nasihat dan teguran-teguran yang membina - Seksyen Peperiksaan dan Penilaian Daerah Kluang.


JASA MU TETAP DI KENANG.

PENDAFTARAN SDEA DAN SDKA 2011

Kepada semua guru besar dan Penyelaras Darjah Khas Daerah Kluang.Sila pastikan borang pendaftaran dan borang-borang bayaran SDEA dan SDKA bagi pengambilan 2011 telah dihantar.Kelewatan penghantaran akan menyebabkan pelajar tuan tidak didaftarkan sebagai calon bagi tahun 2011.

Friday, March 18, 2011

Majlis Pengisytiharan di Batu Pahat


Tahniah kepada semua sekolah yang telah meraih keputusan 100% yang mana merupakan daerah teramai mencapai keputusan 100%.

Monday, March 7, 2011

Pengisytiharan Keputusan SDKA 2010

Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SDKA 2010 telah diisytiharkan di Sekolah Agama Sri Molek Batu Pahat.Sehubungan dengan itu satu Pengisytiharan di peringkat Daerah akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 09 Mac 2011 ( Rabu )
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar PPAD Kluang
Perasmi : Pengarah BTN Negeri Johor

Sehubungan dengan itu semua Guru Besar,Ketua Penyelaras dan Setiausaha Peperiksaan SDKA diwajibkan hadir tepat pada masanya.

Saturday, January 29, 2011

PENDAFTARAN SDEA DAN SDKA 2011

Dimaklumkan Pendaftaran SDEA/SDKA adalah seperti berikut.
1. 01 Januari - 31 Mac 2011 - Pendaftaran di Sekolah
2. 01 - 30 April 2011 ( Lewat ) - Pendaftaran di PPAD Kluang
3. 01 Mei ( Permohonan ) - Pendaftaran di Ibu Pejabat Negeri

Sekolah menengah berikut sila daftar di tempat ditentukan:
1. SMKA Segamat - Daftar di SA Bandar Putra.
2. STK Kluang - Daftar di SA Bandar Kluang
3. SMKTHO Kluang - Daftar di SA Bandar Kluang
4. SMK Sri Lalang Kluang - Daftar di SA Sri Lalang 02
5. SM Sains Johor Kluang - Daftar di SA Bandar Kluang 03
6.Madarasah Arabiah Kluang - Daftar di SA Gunung Lambak
7.SA An-Nur Pontian - Daftar di SA Benut,Pontian.


* Semua Penyelaras sila pastikan arahan pendaftaran dipatuhi.( Di mana belajar,disitu daftar dan disitu periksa ).Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah sila berhubung dengan Penyelia Peperiksaan Seksyen Peperiksaan dan Penilaian PPAD Kluang.

Tuesday, January 25, 2011

Bengkel Item,pemurnian dan menaip Setara dan Pertengahan Tahun 2011

Bengkel tersebuat akan diadakan pada ketetapan berikut:
1. 19 dan 21 Januari 2011 - Pengubal Item Setara dan Pertengahan Tahun 2011
2. 23 - 28 Januari 2011 - Jurutaip yang dilantik
3. 24 - 26 Januari 2011 - Jawatankuasa pemurnian Item 2011.
4. 26 - 28 Januari 2011 - Jawatankuasa grafik 2011.

Semua Guru Besar harap ambil perhatian akan bengel yang diadakan dan pastikan guru-guru yang dilantik hadir pada masa yang ditetapkan.

Bengkel BIKP SDKA 2010

Bengkel Borang Induk Keputusan Sijil Darjah Khas Agama 2010 akan diadakan mulai 24 - 27 Januari 2010.sehubungan dengan itu semua guru yang dilantik diharap menghadiri bengkel tersebut pada masa yang telah ditetapkan.

Saturday, January 15, 2011

Rombongan PPAD Kluang

Satu Lawatan Rasmi ke Kuching Sarawak dari Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang mulai 14 - 16 Januari 2011.Lawatan ini bertujuan menimba ilmu serta melihat sejauh mana pencapaian KAFA di Sarawak.Diantara sekolah yang akan dilawati Sekolah Agama Ahmad Zaidi Adruce dan sebuah sekolah kelolaan ABIM.

Bengkel Item dan Menaip dan pemurnian 2011.

Bengkel tersebut akan di adakan mulai 19 dan 21 Januari 2011 manakala Bengkel bagi jurutaip disambung mulai 24 hingga 28 Januari 2011.bertempat di Dewan Seminar PPAD Kluang mulai jam 08.30 pagi hingga 05.00 petang.

Bengkel Cros Check SDKA 2010

Makluman kepada semua Penanda SDKA 2010.Sila hadir bengkel "Cross Check" pada 17 dan 18 Januari 2011 bertempat di Dewan Seminar PPAD Kluang mulai jam 08.30 pagi hingga 05.00 petang manakala guru yang terlibat dalam "key in"hendaklah hadir kedua-dua hari tersebut

Harap Maklum.