Wednesday, December 15, 2010

TAKLIMAT PEPERIKSAAN SDKA 2010

Mulai tahun ini semua guru besar dan gpk 1 yang mempunyai pentadbiran sesi pagi tidak lagi terlibat dalam peperiksaan SDKA.Sehubungan dengan itu satu senarai nama guru-guru telah dikeluarkan dalam menjalankan peperiksaan SDKA.

Guru-guru yang dilantik hendaklah hadir sesi Taklimat Peperiksaan SDKA pada hari Jumaat 17 Disember 2010 jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Seminar PPAD Kluang.

Tuesday, December 14, 2010

BENGKEL MENGEMASKINI MARKAH SDEA 2010


Kepada penama yang dinyatakan sila hadir Bengkel Mengemaskini Markah SDEA 2010 bertempat di Hotel Sri Malaysia Mersing mulai 13 - 16 Disember 2010. Jam 2.30 petang
1. Ustaz Syed Sharizal bin Syed Omar

2. Ustaz Khairul Ariffin bin Hj.Abd Rashid
3. Ustazah Sri Ruhayu binti Abd.Hamid

4. Ustazah Azmah binti Kiar

Terima kasih kepada Ustaz dan Ustazah yang menghadiri Bengkel Kemaskini Markah Peperiksaan SDEA 2010...Sukran Jazilan.

Thursday, November 4, 2010

TAKLIMAT SDEA

Untuk makluman semua guru-guru.Taklimat Pengawas Peperiksaan SDEA 2010 akan diadakan pada Isnin 15 November 2010,Guru-guru Besar sila maklumkan kepada guru-guru dibawah jagaannya yang terlibat,hadir taklimat tersebut mulai jam 09.00 - 12.00 tengahari

BIKP PERCUBAAN SDEA DAN SDKA

Satu Bengkel Borang Induk Keputusan ( BIKP ) SDEA dan SDKA akan diadakan pada 08 November 2010 mulai jam 08.30 pagi hingga 05.00 petang.

Sehubungan dengan itu Setiausaha Peperiksaan sila hadir dengan membawa markah-markah percubaan,Komputer Riba dan surat akaun.( Rujuk surat yang diedarkan )

Wednesday, October 6, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

- Peperiksaan Percubaan :
1. SDKA pada 09/16/23 dan 30 Oktober 2010
2. SDEA pada 25 hingga 29 Oktober 2010
- Peperiksaan Akhir Tahun Tahap 1 ( TAJ, Darjah 1 - 3 ) pada 18 - 22 Oktober 2010
- Peperiksaan Akhir Tahun Tahap 2 ( Darjah 4 dan 5 ) pada 25 - 29 Oktober 2010

Sehubungan dengan itu kertas-kertas soalan boleh diambil pada:
1. TAJ dan Tahap 1 pada 15 Oktober 2010
2. Tahap 2 dan Percubaan SDEA pada 22 Oktober 2010

Wednesday, July 28, 2010

Unit Multimedia

Berdiri dari kiri :Azmah binti Kiar,Sri Rahayu binti Abd Hamid, Syed Shahrizal bin Syed Omar
Duduk dari kiri :Mohd Yusof bin Rasid,Hj.Shamsudin bin Hj.Awang dan Siti Attakah bt Jamil

Jasa mu dihargai

Unit Multimedia Seksyen Peperiksaan dan Penilaian Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang yang ditubuhkan pada 20 April 2010,akan kehilangan 2 orang anggotanya. Ustazah Siti Attakah binti Jamil telah pun berpindah ke Jabatan Pelajaran Malaysia pada 16 Julai 2010 manakala Ust Mohd Yusuf bin Abd Rashid akan berpindah ke Johor baharu mulai 2 Ogos 2010.

Seksyen Peperiksaan dan Penilaian mengucapakan terima kasih atas segala bantuan dan sumbangan yang dihulurkan selama ini dan selamat bertugas ditempat baru.

Friday, July 23, 2010

Taklimat Ujian Lisa SDEA 2010

Taklimat Ujian Lisan SDEA 2010 akan diadakan pada 28 Julai 2010 di Dewan Seminar PPAD Kluang.Pada jam 08.30 pagi .Semua Penilai yang dilantik dikehendaki hadir pada masa yang ditetapkan.

Thursday, July 8, 2010

Bengkel Item Percubaan SDEA/SDKA 2010

( JAWATANKUASA PEMBINA ITEM )
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SDEA/SDKA 2010
BAGI DAERAH KLUANG.
Pada 08 Julai 2010

Bengkel Membina Item SDEA dan SDKA 2010 akan dilaksanakan pada 08 dan 12 Julai 2010.Bagi guru-guru yang telah dilantik sila hadir pada masa yang ditetapkan sila rujuk surat Bil PPAD KG-7/10/01 Jld.V ( 09 )

. .

Saturday, February 13, 2010

JASA MU TETAP DI KENANG

Jumaat 12 Februari Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang mendapat berita yang mengejutkan perpindahan PPADK Hj.Musa bin Omar ke Daerah Batu Pahat.Apa puna warga Seksyen Peperiksaan dan Penilaian mengucapkan Tahniah keatas beliau kerana naik ke tangga DGA44.Tempat beliau akan diganti oleh AlUstaz Samsudin bin Samudi taniah di ucapkan.

Manakala Bulan Mac ini Seksyen Peperiksaan dan Penilaian akan kehilangan seorang yang amat berjasa besar kepada UPA Daerah Kluang dan negeri amnya.Ini berikutan persaraan Ustazah Hjh.Jauharah binti Hj.A.Razak ....semuga dapat terus membantu kami di UPA.

Tuesday, February 9, 2010

TAKLIMAT PENDAFTARAN SDEA DAN SDKA 2010

Satu Taklimat khas Pendaftaran Sijil Darjah Enam Agama dan Sijil Darjah Khas Agama akan diadakan pada 11 Februari 2010 mulai jam 08.30 pagi.Adalah dimaklumkan pendaftaran ini amat penting bagi memastikan tiada berlaku kesilapan dalam pengisian borang dan tapak pendaftaran peperiksaan bersijil tersebut.

Sekolah Gred A dan B hendaklah menghantar GPK 1 dan Setiausaha Peperiksaan nya manakala sekolah gred C guru besar dan guru yang bertanggungjawab mengendali pendaftraan SDEA/SDKA di kehendaki hadir.

Tuesday, January 19, 2010

BENGKEL KEY IN SDKA



Kakitangan Seksyen Peperiksaan Kluang
bersama
Pembantu Khas Negeri di Hotel Sri Malaysia Rompin
pada 18 - 21 Januari 2009.