Thursday, February 14, 2013

Pengisytiharan SDKA 2012

Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama ( SDKA ) 2012 peringkat negeri,akan diadakan pada Jumaat 22 Februari 2013 di Bilik Multimedia Blok A Kompleks Islam Iskandar jam 9.00 pagi. Sehubungan dengan itu keputusan peperiksaan boleh diambil di sekolah pada hari yang sama mulai jam 4 petang.

Wednesday, January 16, 2013

BENGKEL ITEM 2013

Bengkel Item Setara 1,Setara 2 dan Pertengahan tahun 2013 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

1. Pembina Item                 - 14 - 17 Januari 2013 mulai jam 08.30 - 04.30 petang
2. Jurutaip Daerah              - 21 -23  Januari 2013 mulai jam 08.30 - 04.30 petang
3. Penyemak/jurutaip/grafik - 30-31 Januari dan 04-05 Februari 2013 masa yang sama.

Pengisytiharan Sijil Darjah Enam Agama 2012

Majlis pengisytiharan SDEA/UPKK/SMRA dan SMA telah diadakan pada Hari Isnin 31 Disember 2012 di Bilik Multimedia Blok A Pusat Iskandar Johor yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Suliman bin Hj.Dumang,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.

Keputusan Peperiksaan tersebut boleh di ambil di sekolah masing-masing pada 2 Januari 2013 mulai jam 09.00 pagi.Satu Majlis Pengisytiharan bagi Daerah Kluang akan diadakan pada Hari Isnin 07 Januari 2013 di Bilik Seminar PPAD Kluang,Semua guru besar di jemput hadir.