Wednesday, February 25, 2009

Pemantauan ISO

Lawatan ISO 9001:2000.

Beberapa pegawai SIRIM akan datang memantau Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang,Pejabat Agama Daerah Kluang dan beberapa sekolah agama dalam Daerah Kluang pada 26 Februari 2009.Semoga pemantauan ini dapat memberikan impak yang besar dalam persijilan ISO 9001 : 2000

Monday, February 9, 2009

Dedikasi Penyelia Peperiksaan Kluang



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Salam kepada semua warga Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor. Laman web ini bertujuan memberikan informasi pelbagai aktiviti Seksyen Peperiksaan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang. Adalah diharapkan laman web ini dapat dimunafaatkan oleh Sekolah-sekolah Agama Daerah Kluang. Selain daripada, itu diharap laman web ini turut dapat memudahkan ibu bapa mengenali Unit Peperiksaan ini dan menyumbang ke arah keberkesannya.

Berikutan pengreadan dan pengstrukturan mulai 2009,kini Unit Peperiksaan dikenali sebagai Seksyen Peperiksaan.Saya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hj.Taufik bin Hj.Othman mantan Penyelia Peperiksaan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang atas jawatan barunya sebagai Penolong Pegawai Pendidikan.Terima kasih juga atas bantuan diberikan.

Disini juga saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan Pembantu Khas Ustaz Syed Syahrizal bin Syed Omar yang kini telah diarahkan bertugas di Sekolah Agama Gunung Lambak mulai 01 Februari 2009.


Sekian. Terima kasih.


Haji Shamsudin bin Haji Awang
Penyelia Pendidikan Agama
Seksyen Peperiksaan
Unit Pengurusan Akademik
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang.



Publish Post


* MAKLUMAT PENTING *



  • Kepada semua guru besar sila semak setatus pelajar SDEA dan SDKA sebelum ujian lisan yang akan diadakan pada 01 Ogos 2009.
  • Satu Taklimat Ujian Lisan akan diadakan pada 21 Julai 2009 hari Selasa.
  • Jika ada calon SDEA atau SDKA pindah samaada dalam daerah atau luar daerah, pastikan mengisi 5 salinan pundah pusat peperiksaan..