Tuesday, March 27, 2012

KEPUTUSAN SDKA 2011


Sekolah Agama Penjara Simpang Renggam telah diisytiharkan sebagai sekolah terbaik Darjah Khas tahun 2011 dengan memperolehi keputusan 100% dengan 3 pelajar mendapat 7 aggreget dan 4 orang mendapat 8 aggreget....TAHNIAH.


Daerah Kluang telah diisytiharkan sebagai DAERAH TERBAIK SDKA TAHUN 2011




Gambar bersama Ketua Penyelaras Darjah Khas yang mencapai 100%



Alhamdulilah, Keputusan Peperiksaan SDKA telah diumumkan pada 27 Mac 2012 bertempat di Mahaad Pontian.Tahniah di atas kejayaan guru-guru dalam menaikan nama Daerah Kluang yang telah diisytiharkan sebagai Daerah Terbaik SDKA Negeri Johor bagi Tahun 2011 dan Sekolah Terbaik SDKA disandang oleh SA Penjara Simpang Renggam.

Sekolah mencapai 100% - 7 Buah
Pelajar memperolehi 7 A - 12 Orang


TAHNIAH

Friday, January 13, 2012

MAJLIS PENGISYTIHARAN PEPERIKSAAN 2011


Majlis Pengisytiharan Keputusan dan Penganugerahan Kecemerlangan Peperiksaan SMA,SMRA,PMR,SIB,SDEA,UPSR dan UPKK bagi Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor telah diadakan pada Jumaat 13 Januari 2012 bertempat di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang yang telah dirasmikan oleh Exco Agama Kerajaan Johor.Tahniah buat buat Daerah Kluang kerana dipilih menjadi tuan rumah.



Keputusan Peperiksaan SDEA boleh didapati di sekolah masing-masing pada hari Jumaat 13 Januari 2012 mulai jam 3.00 petang...Terima juga kepada semua yang telah menjayakan Majlis tersebut.

Wednesday, December 21, 2011

Bengkel Peperiksaan 15/2011

Kepada juru "key in " yang terlibat.sila hadir pada tarikh yang ditetapkan dan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

Bengkel Penandaan

Kepada semua penilai yang dilantik sila hadir Bengkel Penandaan SDKA 2011 pada ketetapan berikut:
1. Penandaan : Isnin 19 Disember 2011 mulai jam 08.00pagi hingga 04.30 petang.
2. Cross Check : 09 dan 10 Januari 2011 mulai jam 08.00 pagi - 04.30 petang

Kepada ketua-ketua penilai sila pastikan semua penilai dimaklumkan.

Thursday, November 24, 2011

Penghantaran Soalan

kepada semua Ketua Pengawas Peperiksaan SDEA hendaklah menghantar jawapan SDEA pada:
Jumaat 25 November 2011 jam 3.30 petang manakala Ketua Pengawas Peperiksaan SDKA hendaklah mengambil soalan SDKA di PPAD Kluang dan menghantar ke Balai Polis yang telah ditentukan.