Wednesday, December 21, 2011

Bengkel Penandaan

Kepada semua penilai yang dilantik sila hadir Bengkel Penandaan SDKA 2011 pada ketetapan berikut:
1. Penandaan : Isnin 19 Disember 2011 mulai jam 08.00pagi hingga 04.30 petang.
2. Cross Check : 09 dan 10 Januari 2011 mulai jam 08.00 pagi - 04.30 petang

Kepada ketua-ketua penilai sila pastikan semua penilai dimaklumkan.

Thursday, November 24, 2011

Penghantaran Soalan

kepada semua Ketua Pengawas Peperiksaan SDEA hendaklah menghantar jawapan SDEA pada:
Jumaat 25 November 2011 jam 3.30 petang manakala Ketua Pengawas Peperiksaan SDKA hendaklah mengambil soalan SDKA di PPAD Kluang dan menghantar ke Balai Polis yang telah ditentukan.

Thursday, November 3, 2011

Taklimat Pengawas Peperiksaan SDEA/SDKA

Satu taklimat Peperiksaan SDEA /SDKA tahun 2011 akan diadakan pada ketetapan berikut

SDEA - 08 November 2011 ( Selasa ) - 8.30 pagi.
SDKA - 14 November 2011 ( Isnin ) - 8.30 pagi
( Tempat : Dewan Seminar PPAD Kluang ).

Sehubungan dengan itu semua guru yang dilantik hendaklah menghadiri sesi Taklimat tersebut yang akan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan yang baru.

PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM KLUANG

Alahamdulilah akhirnya jawatan Pegawai Pendidikan Agama yang lama dikosongkan telah diisi.Tahniah buat Ustaz Kalamullah bin Ali Raza yang sebelum ini merupakan Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kulai Jaya ditukarkan ke Kluang.semuga dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Agama yang baru ini dapat memertabatkan serta mengukuhkan Seksyen Peperiksaan agar terus mengekalkan Presatasinya ...Amin.

Thursday, August 25, 2011

Ujian Lisan SDKA 2011

Makluman.
Kepada semua penilai yang dilantik perlu diingat Ujian Lisan SDKA 2011 akan dijalankan pada 10 September 2011 sahaja.17 September hanya dibuka kepada pelajar yang uzur sahaja.Makluman kepada semua penyelaras Darjah Khas 10 dan 17 September 2011 tiada tuntutan mengajar darjah khas.Bagi kelas P&P pada 3 September 2011 boleh diganti pada 11 September atau 17 September dengan bersurat.

Taklimat Ujian Lisan SDKA akan diadakan pada 07 September 2011.