Wednesday, May 11, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Makluman pada semua sekolah, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada :
Tahap I : 09-13 Mei 2011
Tahap II : 18 - 24 Mei 2011

Sehubungan dengan itu semua guru besar atau GPK 1 dikehendaki mengambil kertas soalan di Seksyen peperiksaan dan Penilaian PPAD Kluang pada:
Tahap I : Jumaat 06 Mei 2011
Tahap II : Isnin 16 Mei 2011
( Mulai Jam 09.00 pagi - 04.30 petang )

Sekiranya berlaku kekurangan kertas soalan,pihak sekolah hendaklah menghubungi terus Penyelia Seksyen peperiksaan dan penilaian PPAD Kluang.

Harap Maklum.

Sunday, April 10, 2011

PERPINDAHAN

Seksyen Peperiksaan dan Penilaian terasa kehilangan atas perpindahan yang berturut-turut warga PPAD Kluang.

1. Tn Hj.Samsudin bin Samudi - PPADK ( Pengarah BTN Cawangan Johor )
2. Tn.Hj.Taufik bin Hj.Othman - Penolong Pegawai ( Ke Johor Baharu )
3. Ustaz Baharudin bin Hj.Jaafar - Penyelia SPPK ( Ke Sekolah )

Terima Kasih diucapkan atas bantuan,khidmat nasihat dan teguran-teguran yang membina - Seksyen Peperiksaan dan Penilaian Daerah Kluang.


JASA MU TETAP DI KENANG.

PENDAFTARAN SDEA DAN SDKA 2011

Kepada semua guru besar dan Penyelaras Darjah Khas Daerah Kluang.Sila pastikan borang pendaftaran dan borang-borang bayaran SDEA dan SDKA bagi pengambilan 2011 telah dihantar.Kelewatan penghantaran akan menyebabkan pelajar tuan tidak didaftarkan sebagai calon bagi tahun 2011.

Friday, March 18, 2011

Majlis Pengisytiharan di Batu Pahat


Tahniah kepada semua sekolah yang telah meraih keputusan 100% yang mana merupakan daerah teramai mencapai keputusan 100%.

Monday, March 7, 2011

Pengisytiharan Keputusan SDKA 2010

Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SDKA 2010 telah diisytiharkan di Sekolah Agama Sri Molek Batu Pahat.Sehubungan dengan itu satu Pengisytiharan di peringkat Daerah akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 09 Mac 2011 ( Rabu )
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar PPAD Kluang
Perasmi : Pengarah BTN Negeri Johor

Sehubungan dengan itu semua Guru Besar,Ketua Penyelaras dan Setiausaha Peperiksaan SDKA diwajibkan hadir tepat pada masanya.