Sunday, April 10, 2011

PENDAFTARAN SDEA DAN SDKA 2011

Kepada semua guru besar dan Penyelaras Darjah Khas Daerah Kluang.Sila pastikan borang pendaftaran dan borang-borang bayaran SDEA dan SDKA bagi pengambilan 2011 telah dihantar.Kelewatan penghantaran akan menyebabkan pelajar tuan tidak didaftarkan sebagai calon bagi tahun 2011.

Friday, March 18, 2011

Majlis Pengisytiharan di Batu Pahat


Tahniah kepada semua sekolah yang telah meraih keputusan 100% yang mana merupakan daerah teramai mencapai keputusan 100%.

Monday, March 7, 2011

Pengisytiharan Keputusan SDKA 2010

Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SDKA 2010 telah diisytiharkan di Sekolah Agama Sri Molek Batu Pahat.Sehubungan dengan itu satu Pengisytiharan di peringkat Daerah akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 09 Mac 2011 ( Rabu )
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar PPAD Kluang
Perasmi : Pengarah BTN Negeri Johor

Sehubungan dengan itu semua Guru Besar,Ketua Penyelaras dan Setiausaha Peperiksaan SDKA diwajibkan hadir tepat pada masanya.

Saturday, January 29, 2011

PENDAFTARAN SDEA DAN SDKA 2011

Dimaklumkan Pendaftaran SDEA/SDKA adalah seperti berikut.
1. 01 Januari - 31 Mac 2011 - Pendaftaran di Sekolah
2. 01 - 30 April 2011 ( Lewat ) - Pendaftaran di PPAD Kluang
3. 01 Mei ( Permohonan ) - Pendaftaran di Ibu Pejabat Negeri

Sekolah menengah berikut sila daftar di tempat ditentukan:
1. SMKA Segamat - Daftar di SA Bandar Putra.
2. STK Kluang - Daftar di SA Bandar Kluang
3. SMKTHO Kluang - Daftar di SA Bandar Kluang
4. SMK Sri Lalang Kluang - Daftar di SA Sri Lalang 02
5. SM Sains Johor Kluang - Daftar di SA Bandar Kluang 03
6.Madarasah Arabiah Kluang - Daftar di SA Gunung Lambak
7.SA An-Nur Pontian - Daftar di SA Benut,Pontian.


* Semua Penyelaras sila pastikan arahan pendaftaran dipatuhi.( Di mana belajar,disitu daftar dan disitu periksa ).Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah sila berhubung dengan Penyelia Peperiksaan Seksyen Peperiksaan dan Penilaian PPAD Kluang.

Tuesday, January 25, 2011

Bengkel Item,pemurnian dan menaip Setara dan Pertengahan Tahun 2011

Bengkel tersebuat akan diadakan pada ketetapan berikut:
1. 19 dan 21 Januari 2011 - Pengubal Item Setara dan Pertengahan Tahun 2011
2. 23 - 28 Januari 2011 - Jurutaip yang dilantik
3. 24 - 26 Januari 2011 - Jawatankuasa pemurnian Item 2011.
4. 26 - 28 Januari 2011 - Jawatankuasa grafik 2011.

Semua Guru Besar harap ambil perhatian akan bengel yang diadakan dan pastikan guru-guru yang dilantik hadir pada masa yang ditetapkan.